BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

T.O.L.O.N.G.

Kehidupan
Acap membuat dadaku sesak
Memikirkan banyak perihal
Yang bukan hanya datang dari diri

Terkadang seperti mahu berputus asa
pada kehidupan ini
terlalu menyesakkan diri

Seringkali aku buntu dalam mencari
jalan keluar
aku bingung

Manusia tiada peduli
Hanya lihat pada kekayaan duniawi
Manusia tiada peduli
Hanya mementingkan diri
Manusia tiada peduli
Apa terjadi pada yang disayangi

Aku manusia
Terlalu banyak hina dina dalam diri
Lemah sukar berdiri
Mengharungi pelbagai duri
Duniawi

Aku jua manusia
Yang cuba menjahit
Layaran peribadi
Yang lusuh dan busuk!

TOLONG!! Aku nak MENJERIT....
Meluahkan segalanya
Walau ku tahu ianya
hanya bius sementara

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Peringatan Buat Diri & Semua

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah....

copy and paste from Siti Aisyah Wan Abdullah in remaja_masjid@yahoogroups

ya ALLAH..TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS~blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, December 2, 2009

1 Disember 2009

blogger-emoticon.blogspot.comAssalamualaikum~

Apa khabar diri hari ni? Harapnya agar diri sentiasa ceria dan bersemangat dalam menempuh setiap saat yang dikurniakan Ilahi..

Hari ni saya nak cerita perihal jalan-jalan saya dan keluarga ke Melaka semalam. m.. cuma dapat pergi sana je masa cuti sekolah ni (bagi jalan2 tahunan- lebih tepat bahagian ke-2 dalam setahun).
Pada mulanya parents rancang nak pergi sana tengok taman burung, taman buaya ( seram plak
blogger-emoticon.blogspot.com) dan banyak lagi la..termasuk kalau dapat nak lawat rumah tok sedara kat sana. Alih2, tiba2 sehari sebelum nak pergi tok uda (tok sedara yang nak kami lawati) telefon.. Beliau berkata bahawa beliau berada di Padang Jawa. Hantar kereta kepada anak. Nak dipendekkan cerita, tok uda pun ikut kami bersama-sama ke Melaka.

Sampai je ke Melaka, kami pergi rumah dia kat Taman Permai ______ tak ingatlah! Rupa2nya, tok uda sekeluarga ada membela kucing _______ (m..tiba2 tak tahu jenis apa pula kucing tu) Kucing Siam kot.. yg bulunya tebal2 tu. 3 ekor. haha~ bila dua ekor kucing jantan itu bertemu dengan kewujudan seekor kucing betina, tiba2 mereka bergaduh! (habis, banyak bulu2 kucing bertaburan kat dapur tu..nasib baik tok uda cepat2 leraikan. Kalau tak mungkin salah seekor dah mati dah)blogger-emoticon.blogspot.com


Sebelum berlepas ke port seterusnya, kami diajak makan oleh tok Uda kat luar (sebab kami tak nak susahkan beliau sekeluarga..hehe~) Subhanallah..angin dari pantai kuat berhembus.. Mula2 datang tu, sepoi2 bahasa.. Bila dah habis makan, angin makin kuat.. Best! Nasib baik la tak diterbangkan angin..

Port seterusnya kami berlepas ke rumah alang rasyid (panggilan yang dipanggil oleh atok..*atok dalam cerita saya sebelum ni..beliau ikut juga..yela, dah tinggal dgn kita orang)

Alang Rasyid ni merangkap juga sebagai Onyang saya dan adik2.. (waa..kami ada Onyang lagi).
Kali pertama jumpa beliau, saya rasa senang. Air muka yang tenang. Nak tahu.. umur Onyang dah masuk angka 85! Namun, (alhamdulillah) Onyang kelihatan sihat. Bekas polis la katakan..blogger-emoticon.blogspot.com .. Borak2.. Rupanya tahu.. beliau bukan Onyang betul pun.. xpelah.. Onyang tetap Onyang..

m..ni la antara poin yang saya nak highlight kat sini. Saya dan adik (angah) tak tahu sebab apa.. Kebanyakan gambar Onyang yang kami tangkap, seperti ada cahaya disekelilikh tubuhnya. Abah kata,mungkin sebab dia pakai baju warna putih. (setepatnya t-shirt putih lengan panjang) Entahlah, saya dan adik banyak juga tangkap gambar Onyang dari banyak sudut. Tapi, sama juga. Seperti ada cahaya di sekeliling beliau. (tiba2 terfikir *berdasarkan apa yg abah ckpkan* mungkin juga bajunya itu dibasuh dengan pencuci pakaian putih dalam iklan TV kot..berkesan sehingga bercahaya) haha~ akal pelik dah keluar!

Namun, kuat di dalam hati menyatakan.. Mungkin dari peribadi serta amalan2 yang dikerjakannya. Dari dalam terbit bercahaya diluarnya~ wallahu'alam..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Selepas melawat rumah Onyang.. hantar angah ke KUIM. Dia terlibat dengan pengendalian festival sukan antara KU. Moga sukses!

Makan malam di PD.. dan terus balik ke Klang..

haha.. konklusinya. Tiada sebarang taman2 terlibat dalam perjalanan satu hari kami ke Melaka.
blogger-emoticon.blogspot.com xpe.. Kami rasa sangat gembira dan bersyukur dapat berjumpa dengan saudara mara kat sana.. Bak kata mak"... dapat 'mengurutkan' silaturahim..." *tersasul* "...mengeratkan hubungan silaturahim antara kita dengan saudara2..." Tambah mak lagi.. "...bila lagi lah nak dapat jumpa. Kita bukan boleh tahu umur kita sampai bila..."

m.. nak tulis juga.

Saya rasa agak terkilan dengan satu program yang ingin saya sertai *tapi rasanya memang x dapat*. Ya, saya akui. Mungkin juga kerana pemberitahuan perihal keinginan saya untuk menjadi fasi bagi kem itu agak lambat. Namun, tiada sebarang penerangan jelas yang diberikan kepada saya. Hal ini membuatkan saya tertanya2. Mula2 mesej dengan seorang kakak ni. Lama tu..baru dibalas mesejnya dan menyatakan supaya saya berhubung dengan person in contact. Saya pun mesej la kakak tu, seperti akak sebelum ni.. Lama juga tunggu. *xpelah..POSITIF..POSITIF* Dia balas.. Nak diringkaskan.. Kami adalah juga balas2 mesej nak beritahu dan nak tahu sera sedikit maklumat yang diperlukan agar mudah saya ke tempat yang perlu pergi *memang lama.........tunggu dia balas!* tapi xpe.. dia kata dalam 3 jam dia tak balas ..kata ada kelas. consider oklah..

Malas nak sakitkan hati.. Lepas dah beritahu nama penuh dan tempat saya belajar..LANGSUNG DIA TAK BALAS!! Saya fikir mungkin dia dah kehabisan kredit. Saya pun call lah dalam jam 9.00malam *sebab xnak la ganggu dia masa Maghrib & Isyak* beberapa kali. Tak diangkat! Herm..rasa ni..lebih kepada kecewa bukannya marah. Agak terkilan. Kalau ye pun, saya mungkin tak boleh join aktiviti tu *secara tiba2.. sbb masa petang smlm kata 'dialu-alukan'*.. sekurang-kurangnya beritahulah. Jangan lah buat kita tertunggu2 dan tertanya2. Mujaddid.. saya dah contact mereka, tapi yg dapat hanya respon yg negatif.

Ingin sekali saya nak cari pengalaman menjadi fasi. Walaupun rasa berdebar2, *sebab kali pertama* namun nak juga cuba. Hampa~

Abah memang tak beri keizinan nak join program kat Pulau Pinang. Yelah.. jauh.Saya perlu juga mengerti kerisauan mak abah. m..bukan senang abah nak beri keizinan nak join program yang sekarang sudah ada dijalankan dalam Selangor. Bila dah dapat.. Macam ni pula jadinya. Kecewa amat!

Saya ingin join program ni. Saya nak menambahkan kenalan saya. Saya nak jalinkan ukhwah dengan saudara sesama Islam. Ingin terlibat dalam agenda yang belum saya ketahui. Bak kata seseorang tu, "...program di sini (PP) kecil ja..."

xpela..mungkin ALLAH x izinkan lagi untuk saya sertai semua tu hinggalah tiba satu saatnya nanti. Mungkin tatkala ini, ada sebab musabab yang akan menyusahkan atau menyulitkan mana2 pihak..blogger-emoticon.blogspot.com

Apa2pun.. POSITIF! InsayaALLAH..akan Positif! Itu saja. Jumpa lain kali~ w'salam.

Thursday, November 26, 2009

Salam Dari Hati Kecil~

tidak ku sesal
harapan yang tak pernah
ku padam
walaupun kini perlu
ku tanam
sedalam-sedalam

moga bahagia
hingga akhir usia
hendaknya
untuk dirinya

maafkan ku
atas kesalahanku
atas perit hatimu
merasakan segalanya itu

ku ingin cinta dia
kerana cinta Dia
namun sukar melanda
dalam jiwa yang alfa


salam dari hati~

Tuesday, November 24, 2009

KMK 14 di PULAKOPP Pulau Pinang

Ingin saya hebahkan mengenai Kem Minda Kreatif yang bakal diadakan seperti di ketetapan berikut:



Jom sertai ramai-ramai..^__^
blogger-emoticon.blogspot.com

Pembaratan Terancang

Kali ini saya ingin kongsikan bersama kawan2 mengenai satu artikel yang saya rasakan saya dan anda perlu tahu. Perkara ini berkaitan dengan strategi pembaratan yang dilakukan oleh ornag bukan Islam yang ingin melihat kehancuran agama yang kita cintai ini..ISLAM. Mari kita baca. Sekurang-kurangnya kita tahu dan seandainya wujudnya strategi tersebut dalam kehidupan kita, mungkin juga kita semua dapat mengurangkan dan lama kelamaan meninggalkannya terus. insyaALLAH..~

*sebagai peringatan diri yg jahil ini juga..

Strategi Pembaratan Terancang

Antara strategi pembaratan terancang yang mereka lakukan, yang Pertama adalah menghalangi tertegaknya kesatuan umat Islam dengan menanam fahaman kedaerahan dan kebangsaan.

Kedua, sistem pendidikan dualisme, iaitu memisahkan antara ilmu dan pemilik ilmu yakni Allah swt. Strategi ini merupakan tombak beracun yang menghujam ke dalam diri umat Islam.

Ketiga, melaksanakan sistem riba dalam ekonomi dan menghancurkan keberkatan harta kekayaan umat Islam.

Keempat, menutupi undang-undang Rabbani yang tercermin dalam syariat Islam, dan memaksakan undang-undang buatan manusia yang meruntuhkan akhlak dan menghancurkan kekeluargaan.

Kelima, merosakkan sendi-sendi kekeluargaan, merobohkan nilai-nilai sosial, mendorong masyarakat agar menerima nilai moral yang serba boleh dan terpecah belah, serta menghancurkan keperibadian manusia.

Keenam, memecah belahkan kawasan Islam dan menanamkan unsur-unsur asing di jantungnya.

Ketujuh, menuliskan sejarah Islam berdasarkan sudut pandang Barat yang berniat jahat dan materialistik.

Kelapan, menenggelamkan jiwa dan hati umat Islam dengan kekayaan dan kemewahan serta mematikan harapan umat Islam dengan kemiskinan dan kebuluran.

Kesembilan, menyebarluaskan semangat kebendaan, diawali dengan teori Darwin sebagai pintu menuju atheisme, menuju kepada penanggalan kesempurnaan Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh dan sempurna.

Kesepuluh, merobek rasa kecintaan dan ukhwah sesama umat Islam sehinggakan umat Islam saling bertelagah dan berburuk sangka. Akibatnya umat Islam tidak mampu bersatu hati dan membawa satu suara yang padu dalam mempertahankan maruah dan hak milik umat Islam.

Kesebelas, mematikan bahasa Arab, kerana ia adalah bahasa Al Quran.

Kedua belas, memprovokasi kepada dunia dan Umat Islam bahawa golongan yang memperjuangkan Islam yang sebenar sebagai golongan pengganas dan merbahaya kepada dunia.

Ketiga belas, menaja pelbagai fikrah dan pemikiran Islam yang palsu dan memesongkan umat dengan kefahaman Islam yang sebenar, seperti pemikiran liberal, pluralisme, materialisme, positivisme, eksintensialisme, hendonisme dan lain-lain lagi. Akhirnya pemikiran ini dianuti oleh umat Islam dan meluaskan lagi perpecahan di kalangan umat Islam.

Keempat belas, memisahkan peranan Islam dalam aspek pembangunan ekonomi, politik, perundangan, kenegaraaan, akhlak kemasyarakatan, pengurusan dan pentadbiran, serta menyerang aqidah dan nilai-nilai yang di bawa Islam dalam hal-hal tersebut.

Kelima belas, menyuburkan perpecahan dan permusuhan di antara agama-agama dan ras-ras manusia.

Saya sarankan anda untuk membaca artikel ini selanjutnya melalui link ini..

http://www.haluantarbawi.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=273:pembaratan-di-dunia-islam&catid=32:wahai-diri&Itemid=91

Sekian terima kasih..

Monday, November 23, 2009

Tidak perlu lagi..

Assalamualaikum semua..
Apa khabar hari ni?
Moga sihat dan ceria selalu..

Aku cuma nak menyatakan bahawa:

"... tidak perlu lagi aku mengharap..."

dan itu sepatutnya TEGUH dalam hati sejak dulu lagi.
ok.. daa.. assalamualaikum..~

blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, November 14, 2009

assalamualaikum..
posting semalam telah saya buang..
dek kerana merasakan tidak sepatutnya berada di dalam blog..
lagipun hal yang berlaku telah pun selesai.
semuanya hanya kerana salah faham.
mereka ingat saya marah sebab ________ (adalah..benda yang sangat remeh.. haha..kelakar pun ada)

blogger-emoticon.blogspot.com


m..
tak apalah..
sudah terbiasa dengan peranan sebagai seorang kakak..
maka, sudah perlulah saya yang mengalah..

geram juga..namun oleh kerana tidak mahu ukhwah antara kami menjadi bertambah keruh apatah lagi atas perkara yang sangat tak masuk dek akal.. x mengapa..

pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku..
1. Don't look by its cover
- m,, semua ni berlaku gara2 mereka ingat saya marah. nampak saya macam marah. m..
sememangnya wajah saya ni memang serius.. nak buat macam mana? perlukah tersenyum
atau buat-buat senyum untuk mengubah wajah serius ni? nanti saya fikir2kan. tapi yang
pastinya orang lain pula akan rasa pelik bila saya berperangai 'happy2'..

2. Apa2 yg berlaku, mula2 saya mesti kena senyum. Kalau rasa orang marah kat kita, senyum
je.
- m.. muka yang manis bisa menyelesaikan banyak masalah..blogger-emoticon.blogspot.com


3. Mengalah je lah...
- m..bagaimana la sesuatu yang keruh nak jernih andai kedua-dua belah pihak ingin
memenangkan diri sendiri.

4. Face the problem!
- m.. ni gara2 ada pihak yang tidak memulakan 'penjernihan' hanya kerana rasa bimbang
kena marah kalau datang ke pihak satu lagi. Face the problem! Kalau tak, sampai bila nak
tamat.

m.. moga ini akan jadi panduan untuk diri bagi menghadapi situasi 'masalah' yang mendatang. Hidup ini kan banyak dugaan.. (^_^) Satu soalan yang sering tertanya2 (walaupun rasa dah ada jawapannya) terutama bila kejadian seperti semalam. Adakah patut saya merubah 'keadaan sediakala' wajah saya selama ini?

Simpan dulu lah soalan ni.. Science Pedagogies & PJ sedang menanti.. w'salam..~

Tuesday, November 3, 2009

Assalamualaikum..
Saya ingin berkongsi satu video yang sempat saya lihat semasa sedang menyelongkar blog2 dalam 'bookmark' saya. Video ini dari blog bromujaheed yang menghimpunkan pelbagai video2 yang dapat mengingatkan kita tentang siapa kita di dunia ini dan kebesaran kuasa ALLAH S.W.T. Jom kita jenguk di http://videotarbawi.blogspot.com/ ..



"ISLAM IS THE LIGHT"
"ISLAM IS THE LIGHT"
ISLAM IS THE LIGHT"


Ya ALLAH.. Jauhkanlah diriku daripada sifat munafik lagi fasiq..